Saturday, March 8, 2014
Zed Zaidi Dikecam hebat kerana buat lawak pasal MH370
Berfikir dahulu sebelum bertindak.. Susulan memuatnaik status yang seolah-olah menghina Pesawat MH370 yang kini masih gagal dikesan, bekas presiden SENIMAN Zed Zaidi dikecam teruk peminat di laman sosial.
Dek kerana menjadikan berita kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan Boieng 777 – 200 MH370 sebagai satu bahan jenaka, Zed Zaidi dicemuh di Twitter.
Zed telah menyoal di Twitternya tentang kebenaran berita tersebut dan mengaitkan ia dengan isu hidangan ‘nasi lemak telanjang’ dan ‘asam pedas’ MAS.
Selain peminat, beberapa rakan artis lain seperti Erma Fatima dan Hans Isaac turut mengecam kenyataan Zed Zaidi itu dengan menganggap tahap pemikirannya rendah.
Tweet nya itu kemudian sudah dipadam, namun ianya telah menjadi viral dan diperkata ramai.
Bagi meredakan keadaan dan tidak mahu terus dihentam peminat dan rakan artis lain di laman sosial, beliau telah menyatakan permohonan maaf secara terbuka.
sumber
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment