Showing posts with label pelik. Show all posts
Showing posts with label pelik. Show all posts

Thursday, February 27, 2014

Siput Menetas Dalam Lutut Budak


Pernah dengar cerita pasal siput menetas dalam lutut manusia? Pelik kan. Tapi itulah kenyataan. Jom baca
Siput antara haiwan yang boleh dianggap antara terkecil di dunia. Bentuk fizikalnya yang bercangkerang sememangnya mudah didapati di kawasan-kawasan berbatu seperti di pantai, sungai dan lain-lain lagi. Jangan terkejut jika seorang budak yang baru sahaja berusia empat tahun mendakwa sebiji telur siput telah menetas di dalam lututnya. Bagaimana boleh jadi macam tu?

California – Seorang budak lelaki berusia empat tahun, Paul Franklin terkejut selepas mendapati bengkak di lututnya sebenarnya mengandungi siput laut.

Menurut ibunya, Rachel, siput itu keluar daripada lutut anaknya itu selepas dia memicit bengkak di bahagian berkenaan.

Pada mulanya, Rachel berkata, dia menyangka bengkak dan luka di berlaku selepas anaknya terjatuh di atas batu ketika mereka sekeluarga berkelah di tepi pantai.

“Selepas membersihkan luka itu dengan antibiotik dan lutut itu dibalut, saya sangkakan ia akan pulih seperti sediakala,’’ katanya.

Namun beberapa minggu kemudian, Paul sekali lagi jatuh ketika bermain ski menyebabkan lututnya itu membengkak dan berasa sakit apabila disentuh.

Doktor memberitahu Rachael bahawa ia merupakan jangkitan kuman dan telah mengambil tisu di bahagian lututnya untuk ujian selain memberikan antibiotik yang lebih kuat.

Hanya selepas ubat itu gagal memberikan kesan, Rachel mengetahui ada sesuatu yang tidak kena dan dia kemudiannya memutuskan untuk memicit bengkak berkenaan bagi mengeluarkan cecair di dalamnya.

“Saya tahu doktor tidak akan berbuat demikian, sebab itu saya perlu melakukannya sendiri,’’ katanya.

Apa yang mengejutkannya ialah selepas lutut Paul dipicit, satu objek kecil telah keluar dari luka itu dan selepas diamati rupanya ia adalah siput kecil.

Rupa-rupanya ketika mereka berkelah di tepi pantai itu, Paul telah terjatuh di atas sarang telur siput berkenaan yang kemudiannya masuk ke dalam luka tersebut.

Menurut Rachel, siput itu kini dipelihara oleh Paul dan dinamakan sebagai Turbo.

sumber

Thursday, February 20, 2014

Trend Gila Tatoo Dalam Bibir



Assalamualaikum. Kali ini lecoh nak kongsikan sedikit mengenai trend-trend pelik masyarakat di sekeliling kita.



Kebelakangan ini banyaknya trend kecantikan yang aneh, kali ini muncul trend tatu yang ekstrim. Sebenarnya trend ini juga bukan hanya untuk mencantikkan diri, namun lebih ke arah ‘untuk kelihatan cool’ saja.

Trend ini disebut Lip Tattoo. Di mana para peminatnya membuat tatu di dalam permukaan bibir bawah mereka. Bahkan setelah merasakan sakitnya membuat tatu di dalam bibir, mereka dengan bangga menunjukkannya di media social.


Teknik Lip Tattoo ini juga boleh menyebabkan rasa sakit yang extrem. Dipetik dari Dailymail, sebenarnya trend ini bukan hanya menyebabkan bibir menderita, namun kos pembuatannya mahal.


Namun demi meluahkan sesuatu, ternyata tidak sedikit orang yang cuba melakukannya. Apalagi bagi mereka yang sudah jadi tattoo junkies, maka tattoo seperti ini bukan masalah bagi mereka. Meski pun begitu, beberapa website memberi amaran bahawa bagi yang tidak sesuai dengan teknik Lip Tattoo atau mempunyai sensitiviti tertentu sebaiknya tidak mencuba trend ini. Ketahanan, tatu melampau ini boleh tahan dari lima tahun sampai hanya beberapa bulan sahaja.


Sumber 

Tuesday, February 18, 2014

Ayam Berbulu Kerinting?



Ayam yang berasal dari Henan, China menjadi fenomena baru kerana bulunya yang unik.


Ketika masih anak ayam, seluruh bulunya masih kelihatan normal. Namun setelah dewasa, bulu-bulu ayam tersebut seolah menggulung sendiri di bahagian hujung, sehingga membuat seluruh bulunya kerinting, seperti dikutip dari Softpedia. Jom lihat Koleksi gambar ayam tersebut







sumber

Monday, February 17, 2014

Lelaki Gajah Di China


Seorang lelaki China yang menderita penyakit neurofibromatosis menjalani pembedahan membuang 1.5 kilogram ketumbuhan di mukanya beberapa hari lalu.



Huang Chuncai, 37, dari Hunan yang digelar sebagai “Lelaki Gajah China” menjalani pembedahan itu di sebuah hospital di Guangzhou bagi membuang ketumbuhan di pipi kirinya.

Keadaan Huang direkod sebagai kes neurofibromatosis paling buruk pernah dicatatkan di dunia.
Neurofibromatosis ialah keadaan genetik yang menyebabkan kebengkakan atau ketulan.
Pembedahan yang dijalani Huang berjaya dan dia kini perlu menghadapi dua lagi pembedahan agar keadaan penyakitnya itu terkawal.

Walaupun kebanyakan pesakit neurofibromatosis mewarisinya daripada ibu atau bapa mereka, tetapi sehingga 50 peratus memperolehnya secara rawak akibat mutasi gen sebelum mereka dilahirkan.
Kebengkakan dan ketulan digelar neurofibromas yang disebabkan oleh pertumbuhan sel itu, bagaimanapun bukan wabak kanser dan ia tidak berjangkit.

Ketumbuhan seberat 15 kilogram pada tubuh Huang lima tahun lalu menyebabkan tulang belakangnya mengalami kecacatan, menjejaskan pembesarannya dan turut mengakibatkan dia berasa sakit berpanjangan.
Ketumbuhan itu mula disedarinya ketika dia berusia empat tahun dan apabila dia semakin dewasa, ia menjadi lebih besar.

Huang berhenti sekolah ketika berusia 10 tahun kerana rakan sekelas mentertawakannya, selain sering diasingkan berikutan keadaannya yang aneh.

Pada usia 25 tahun, semua giginya tanggal dan Huang berdepan kesukaran untuk bercakap dan makan.
Beberapa tahun lalu, sebuah syarikat sarkas mendatangi bapa Huang untuk membelinya kerana mahu dia tampil dalam “persembahan raksasa” tetapi dibantah ibu bapanya.

Huang menjalani pembedahan pada 2007 dan 2008 untuk membuang ketumbuhan seberat 15 kilogram di tubuhnya. Pembedahan itu sangat berisiko kerana menyebabkan berlaku banyak pendarahan

Sumber

Menangis Keluar Air Mata Batu

Kisah benar ini yang berlaku di Yaman apabila seorang kanak-kanak 12 tahun apabila dia menangis air mata batu yang keluar pula. Baca kisah seterusnya



Gadis Menangis Keluar Air Mata Batu

Kita biasa mendengar pepatah menangis air mata darah, menandakan kekesalan terhadap perkara yang berlaku. Tetapi kini ada perumpamaan baru iaitu menangis air mata batu.
Ia bukan satu pepatah sebaliknya benar-benar berlaku kepada seorang budak berusia 12 tahun , Saadiya Saleh yang menetap di sebuah kampung di sini.

Setiap kali dia menangis, maka matanya akan mengeluarkan ketulan batu kecil.
Batu-batu itu akan gugur dari matanya, seperti air mata.

Keadaan ini mengejutkan banyak pihak, malah pasukan perubatan sendiri pening kepala memikirkan perkara ini kerana remaja itu tidak menghidap sebarang penyakit.

Bagaimanapun penduduk kampung ada pendapat sendiri, mereka percaya Saadiya telah dikenakan sihir.
Ia menyebabkan seluruh penduduk kampung menjadi panik.

Ada yang bimbang Saadiya menjadi mangsa individu yang menyihirnya dan ada pula yang khuatir ia merupakan permulaan kepada wabak penyakit yang merbahaya.

Sumber

Sunday, February 16, 2014

Lelaki Mempunyai Hidung Di Dahi


Persoalannya apa yang terjadi sebenarnya? Memang sesuatu yang agak pelik apabila kita melihat seseorang itu mempunyai di bahagian dahi.  difahamkan, seorang pemuda 22 tahun telah kehilangan hidungnya semasa kemalangan dashyat tahun lepas. Jadi doktor pakar telah mendapat satu idea dengan menghasilkan satu lagi hidung di atas dahinya sebagai alternatif.


Selepas 9 bulan, hidung itu telah tumbuh dan ianya akan dipindahkan untuk mengganti hidung yang sedia ada. Boleh lihat gambar di bawah ini



sumber

Friday, February 14, 2014

Ladang Di Penuhi Sejuta Lipas



Kejadian berlaku minggu lalu apabila seorang penceroboh memusnahkan ladang itu yang menternak lipas untuk digunakan dalam perubatan tradisional Cina.



Pihak berkuasa Kesihatan Jiangsu melakukan operasi besar-besaran untuk menghalang kemungkinan jangkitan di bandar berkenaan kelmarin dan menggesa penduduk bertenang.

Seorang pekerja ladang menyifatkan angka sejuta itu hanya anggaran kecil.

P/S - Sejuta kot -_-

Sumber

Raksasa bertanduk Dijumpai



Penemuan bangkai reput raksasa laut lengkap bertanduk sepanjang 4 meter ditemui mengemparkan penduduk di Sepanyol.



Penduduk di pinggir pantai selatan Sepanyol gempar, apabila menjumpai satu bangkai reput raksasa laut lengkap bertanduk sepanjang 4 meter, kelmarin.

Menurut pihak berkuasa, makhluk itu ditemui seorang wanita tempatan berdekatan gua Almanzora di Villaricos, dalam keadaan badan dan kepala terputus.

“Ia menimbulkan tanda tanya kepada semua pihak dan saintis mula menjalankan kajian terhadap penemuan ini,” katanya yang mengesahkan bangkai raksasa laut bertanduk yang busuk itu telah ditanam bagi tujuan kebersihan.

Sementara itu, agensi Discovery News melaporkan, satu sampel didakwa raksasa laut pernah dikumpulkan sepasukan saintis dalam 2004 dan merumuskan ia sejenis paus dari spesies berbeza dikenali sebagai ‘blobster’.

sumber

Wednesday, February 12, 2014

Pelik - Hotel Berbentuk Seperti Usus Manusia


Mungkin banyak orang yang mengaitkan negara Belgium dengan coklat, kerana negara jiran Belanda ini memang terkenal sebagai negara pengeluar coklat. Namun, sekarang tidak lagi, tidak sejak ada Hotel CasAnus, yang terletak di sebuah pulau kecil ditengah perjalanan antara bandar Antwerp dan Ghent in Flanders, Belgium.



Hotel ini menawarkan pengalaman hidup di dalam sistem pencernaan manusia, atau usus. Hotel ini dibentuk dan direka layaknya usus manusia yang besar lengkap dengan dubur oleh arkitek berasal dari Belanda, Joep Van Lieshout.

Tidak semua orang boleh membayangkan akan menghabiskan percutian mereka di dalam struktur sistem pencernaan manusia. Tetapi, yang mengejutkan, sejumlah besar orang benar-benar berminat untuk menginap di hotel CasAnus ini. Interior bilik dilengkapi dengan tempat tidur ganda, bilik mandi dengan pemanas air.



Pemilik hotel ini adalah pasangan pecinta seni, Geert dan Carla Verbeke-Lens.Hotel ini masuk dalam kawasan Yayasan Verbeke seluas 30 hektar dan merupakan salah satu hotel paling unik untuk menghabiskan percutian. Jika berminat, anda boleh bermalam di tempat ini dengan wang sewa sebanyak 120 euro permalam.



Sumber

Sunday, February 9, 2014

Jagung Unik Berwarna-warni Seperti Pelangi



Pada normalnya jagung mempunyai warna kuning keemasan, namun seorang petani berasal dari Amerika Syarikat telah berjaya memciptakan jagung unik dengan warna-warni seperti pelangi. Cerita ini bermula oleh Carl Barnes, seorang rakyat Amerika keturunan Indian Cherokee dan Scotland. Barnes dikenali mempunyai bakat dalam hal nurseri jagung – kemampuannya dalam memilih dan mengolah benih mampu menghasilkan jagung dengan warna-warni yang unik.



Jagung ini diberi nama Glass Gem Corn yang merupakan kelainan dari jagung yang normal. Carl Barnes cuba untuk menyilangkan jagung yang mempunyai biji-biji berwarna tersebut. Selama bertahun-tahun Carl terus menyilangkan hingga akhirnya boleh mendapatkan warna berbeza-beza dalam sebatang jagung.

Pada tahun 1994, Barnes bertemu dengan Greg Schoen dalam sebuah majlis pertemuaan antara petani tanaman tempatan dan herba. Mereka berdua kemudian saling bercerita pengalaman mereka dalam pertanian jagung. Minat dan semangat dalam pertanian jagung telah membentuk sebuah ikatan.



Seperti disiarkan oleh Metro, sebelum meninggal, Carl menurunkan formula penyilangan itu kepada Greg Schoen yang kemudian menyerahkan formula rahsia kepada Bill McDorman untuk dibangunkan di nurseri di Arizona. Bill sendiri adalah ketua yayasan yang melindungi warisan pertanian suku asli Amerika.

Saya benar-benar terkejut saat pertama kali melihatnya. Tidak pernah ada yang melihat jagung seperti ini sebelumnya, kata Bill.



Kini rahsia Glass Gem Corn sudah boleh dibeli melalui online dengan harga US $ 7.95 atau sekitar Rm 26.49 per pakej. Meskipun demikian, jagung ini tidak digalakkan untuk dimakan terus , tetapi di syorkan menjadi popcorn atau tepung




Friday, February 7, 2014

Air Kencing Dijadikan Bahan Pengecas Telefon Bimbit?


Seorang saintis dari, Universiti West England, Britain, berjaya menghasilkan pengecas bateri telefon bimbit menggunakan air kencing sebagai sumber kuasa elektrik atau sel bahan api mikrob (MFC)



Dr Ioannis Ieropoulos, juga pakar implementasi sumber pelik berkata, cecair pengecas air kencing itu adalah yang pertama kali digunakan di dunia.

“Setakat ini, bahan api yang dijana menerusi air kencing mampu menghidupkan telefon bimbit secara normal,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata kuasa MFC dari cecair kumbahan itu hanya menghidupkan telefon bimbit pada tempoh agak singkat.

Oh Lecoh - Pengotor betul kan huhu


Wednesday, February 5, 2014

Makhluk Pelik Seperti Batu Ditemui



Assalamualaikum dan selamat sejahtera di ucapkan kepada semua pembaca yang dikasihi dan dihormati sekalian, Jangan terkejut jika makhluk pelik yang ditemui ini sebenarnya ia boleh dimakan, apatah lagi dimasak mengikut resipi tersendiri. Mungkin secara zahirnya, ia nampak seperti sebuah batu. Namun begitu, difahamkan ia merupakan salah satu hidupan laut yang hidup tanpa perlu berpasangan untuk proses membiak. Memang nampak geli untuk dimakan, namun ia mudah ditemui di kawasan kawasan perairan berbatu sekitar Chile dan Peru.



Makhluk yang menyerupai “batu” ini dalam bahasa saintifiknya dikenali sebagai Pyura Chilensis, namun masyarakat tempatan menggelarnya sebagai “Gnarly”. Ia merupakan sejenis hidupan laut yang boleh ditemui di kawasan perairan berbatu sekitar Chile dan Peru.

Selain daripada rupanya yang seakan-akan batu dan tidak mampu bergerak, ia sebenarnya boleh dimakan. Di Chile, hidupan ini ditangkap secara komersial dan masayarakat tempatan lazimnya memakannya secara mentah atau dimasak dengan sayur-sayuran kerana rasanya yang sedap.

Cara pembiakan makhluk ini ada lah secara aseksual iaitupembiakan sendiri atau tunggal tanpa memerlukan pasangan disebabkan ia tidak mampu bergerak. Oleh itu, makhluk ini boleh bertukar jantina sama ada menjadi jantan atau betina mengikut kemahuannya sendiri.

sumber

Peristiwa Paling Pelik Dan Aneh Dalam Dunia


Banyak peristiwa tidak masuk akal terjadi di sekitar kita, namun lima kejadian ini bakal membuat anda ternganga serta berkata bagaimana ia boleh terjadi. Ternyata lima perkara pelik ini benar-benar berlaku, seperti kembar tiga tapi berjarak umur hingga 11 tahun atau sekelompok tentera Taliban melatih kera untuk menggunakan senjata bahkan senapang AK-47.

Dinyatakan dari listsverse.com, peristiwa aneh dan unik ini berlangsung di luar akal sihat manusia pada umumnya. Kejadian ini pernah terheboh di seluruh dunia? Berikut ulasannya.



1. Kembar tiga yang berjarak usia 11 tahun

Ini mungkin peristiwa paling aneh sedunia pernah menimpa ibu yang berasal dari Kota Birmingham, Inggeris, bernama Lisa Sheperd. Dia melahirkan anak kembar tiga, namun bayinya terakhir terpisah jarak 11 tahun dari kedua kakaknya.

Ketiga anak itu bernama Bethany dan Megan lahir pada 1998, sementara di tengah kembar mereka Ryleigh baru muncul di dunia tiga tahun lalu.

Menurut keterangan doktor yang menangani kelahiran kembar tiga itu, Bethany dan Megan mempunyai embrio kuat hingga boleh bertahan dan lahir tepat pada waktunya. Sedangkan embrio Ryleigh lemah hingga harus dibekukan 11 tahun dan akhirnya dia lahir pada 2010.


2. Tertembak di kepala dan baru tahu lima tahun kemudian


Seorang lelaki Jerman tidak disebutkan namanya ternyata tidak mengetahui jika dia telah tertembak di kepala pada malam tahun baru 2004 sebab sangat mabuk.

Lelaki itu baru menyedari sebuah peluru kaliber 0,22 tertanam di kepala pada 2009. Itu pun secara tidak sengaja saat dirinya pergi ke doktor dengan keluhan perut sakit.

Dia mengakui pada malam itu seperti terhentam benda berat di kepala. Namun dia fikir bukan sesuatu yang sakit.

3. Taliban latih kera dengan AK-47


Kelompok tentera Taliban di Afghanistan telah menciptakan sepasukan mujahidin monyet. Para kera dan baboon ini dilatih dengan menggunakan senapang serbu AK-47 untuk menembak tentera Amerika Syarikat pada 2010.

Kejadian ini membuat banyak pihak bengong. Bahkan Perundingan Pertahanan Atlantik Utara (NATO) turut mengikuti menyelidiki kes ini.

4. Bayi selamat selepas terjatuh dari tingkat tujuh 


Seorang bayi perempuan 15 bulan tidak disebutkan namanya selamat ketika terjatuh dari tingkat tujuh di sebuah Apartment. Dia beruntung kerana seorang lelaki dengan laju menangkapnya.

Bayi asal Ibu Kota Paris, Prancis, itu bermain dekat dengan jendela tanpa pengawasan sesiapa. Ketika dia jatuh lelaki yang menangkapnya melihat lalu berlari secepat kilat menyambar budak itu. Masa di sekitar tempat kejadian mengatakan lelaki itu adalah pemain rugby, permainan bola asal Amerika Syarikat.


5. Pramugara berhenti kerja saat pesawat ada di udara 


Aksi ini sungguh aneh tapi benar-benar terjadi. Lelaki bernama Steven Slater berprofesional sebagai pramugara pesawat JetBlue melayani penerbangan antara negara bahagian di Amerika Syarikat memutuskan untuk berhenti dari pekerjaannya justeru di saat kapal terbang itu sedang berlepas.

Steven asal Kota Pittsburgh, Negara Bahagian Pennsylvania, membuka pintu darurat dan terjun terus menggunakan peluncur. Dia berhenti bekerja lantaran bertengkar dengan salah satu penumpang. Sebelum melakukan aksinya, dia terlebih dahulu mengambil pembesar suara dan memaki-maki penumpang tersebut.


Tuesday, February 4, 2014

Lelaki Tidak Mandi Lebih 10 Tahun


Biar betul. Orang paling busuk di dunia? mungkin itu yang layak digelarkan..nak tahu kenapa di panggil begitu? ini kerana lelaki ini dikatakan tidak pernah mandi dan potong rambut sejak tahun 1974. Sangat lama bukan? iaitu selepas dia kahwin.. isteri dia leh tahan lak kan? iskkk..


Lelaki itu yang bernama Kailash Singh, berumur 65 tahun hanya sentuh air untuk basuh tangan dan mulut sahaja, katanya dia buat begitu sebab mengikut nasihat sami yang mengatakan dia akan mendapat anak lelaki sekiranya ikut nasihat sami tu..adeshh, tapi malangnya sehingga sekarang, lelaki ini hanya 7 mendapat 7 orang anak perempuan..kesiann~


Saturday, February 1, 2014

Air laut Bertukar Jadi Merah Di Sydney


Mungkin sesuatu yang mengejutkan apabila air laut boleh bertukar menjadi warna merah secara tiba-tiba. Secara fitrahnya apa yang kita lihat, air laut boleh berubah sifat berdasarkan faktor di kawasan tersebut. Siapa nak mandi kan, kalau warna air laut menjadi begini. Ia secara jelas merupakan satu fenomena yang pelik dan sukar untuk kita lihat berlaku di Malaysia.



Pantai Bondi yang terkenal di dunia telah mengalami fenomena semulajadi yang jarang berlaku apabila airnya bertukar ke warna merah darah. Bondi adalah antara beberapa pantai yang popular di Sydney, Australia, yang terpaksa ditutup selepas kumpulan alga yang besar mengubah laut menjadi sesuatu yang menyerupai adegan dari filem ‘Jaws’.


Fenomena semulajadi ini adalah disebabkan apabila sejenis alga laut, tumbuhan seperti rumpai laut berkumpul dalam kumpulan yang banyak dan menyebarkan sejenis organisma tertentu yang menjadikan laut bertukar berwarna merah seperti darah pekat.
Dikenali sebagai Nocturnal Scintillans atau ‘sea sparkle’, ianya dikatakan tidak mempunyai sebarang kesan toksik tetapi orang ramai masih dinasihatkan untuk mengelakkan berenang di kawasan yang airnya berubah warna, kerana alga dikuatiri mengandungi kadar ammonia yang tinggi dan boleh menyebabkan kerengsaan kulit.



Friday, January 31, 2014

Ikan Dalam Paru-Paru



Pelik tapi benar.. agak2 lah tah macam mana lah ikan tersebut dapat masuk ni .. 

Anil Barela, seorang budak lelaki berusia 12 tahun di India telah menelan seekor ikan sepanjang 9 sentimeter di tepi sungai ketika bermain dengan rakannya.

Setelah menelan ikan hidup itu, lama kelamaan Anil merasa susah untuk bernafas. Kadar oksigen dalam darah budak India itu semakin menurun.

Laporan salah sebuah media menyatakan, ramai kanak kanak india gemar menelan ikan hidup ketika bermain. Namun kes yang terjadi pada Anil tersangat pelik kerana ia masuk ke dalam paru paru.

Para doktor berusaha melakukan pembedahan mengeluarkan ikan tersebut. Mereka mendakwa ikan itu hidup di dalam paru paru Anil, namun ia mati ketika pembedahan tersebut dilakukan.

Nota : Baru ikan itu nak berenang-renang dalam paru-paru budak ni tapi dah mati pula.. Yang admin pelik tak terasa sakit ke telan ikan itu sepanjang 9 cm . bukan kecil to, Besar.. Apa pendapat korang ? Cuba kongsikan .

Sumber di petik : Wootmedia